Wednesday, 25 January 2012

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39

Friday, 20 January 2012

Wahai perempuan solehah, ketahuilah bahawa,

Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar dan tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam...

Saturday, 14 January 2012

"Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(Ali 'Imran: 29).

Friday, 13 January 2012

Kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat?
Mestilah MENANGIS dan TERKILAN..

Sebab ?
Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu...

Dan lepas tu kita BUAT APA?
Tak nak PERCAYA pada dia lagi...!

Macam tu ke?
Mestilah........

TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari DIA (ALLAH)???

Sebab?

Dari kerana sebab KECEWA DIA mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI-HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada MakhlukNya, INDAHKAN?

JADI jangan sedih sangat, INGAT kita ada DIA(ALLAH swt) yang SENTIASA bahagiakan kita... InsyaAllah...♥
"Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia menyelesaikan kesulitan orang lain."(Hadis riwayat: Imam Ahmad)

Izinkan Hati Ini Kembali PadaMu

Pasti hati setiap daripada kita akan sebak sebaik sahaja memikirkan segala dosa yang pernah kita lakukan. MashaAllah. Begitu banyak sekali sehingga tidak terhitung banyaknya. Allahu rabbi. Masihkah ada pengampunan dariNya.
Sahabat-sahabat yg ku sayangi. Setiap daripada kita dilahirkan dalam keadaan, situasi dan fikrah keluarga yang berbeza-beza. Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam. Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang hidup seperti zaman jahiliyah. Ada yang miskin, kaya dan sebagainya. Namun jangan pernah perlekehkan semua ini kerana ia adalah ketetapan dariNya. Maka jangan lupa panjatkan syukur padaNya, terutama bagi kita yang automatik menjadi umat Islam sejak dilahirkan..
Alhamdulillah. Allah sayangkan kita. Allah sentiasa bagi peluang untuk kita bertaubat. Walau dosa yang telah kita lakukan itu tinggi menggunung mencecah langit sekalipun, sekiranya kita bertaubat dan menyesali perbuatan kita itu dengan bersungguh-sungguh, inshaAllah akan diterima olehNya kerana Allah itu Maha Pengampun. Jadi sahabat-sahabat yang ku kasihi, jika anda selama ini hidup dalam kejahilan dan ingin kembali ke jalan yang diredhaiNya, maka teruskanlah langkahmu. Jangan pernah menolak panggilan dari Ilahi ini, capailah hidayah dariNya ini. Kerana sekali engkau menolak, mungkin sukar untuk engkau mendapatnya kembali.
Sedarlah sahabat. Bukan kita yang memilih untuk hidup dalam latar belakang keluarga yang macam mana. Jadi pada sahabat-sahabat yang sudah tersedia hidupnya dalam latar keluarga yang berfikrah Islam, bersyukurlah. Anda sangat bertuah kerana ramai sahabat-sahabat kita yang perlu meraba-raba mencari cahaya. Sangat sukar dan perit ya sahabat. Bukan perkara yang mudah untuk mengubah diri, tambahan pula jika keadaan keluarga yang hidup dalam kejahilan.


Ana sedih apabila melihat sahabat-sahabat yang mensia-siakan nikmat yang Allah berikan. Didikan dari keluarga itu sudah ada, belajar di sekolah agama dan sebagainya. Akan tetapi, masih ramai juga yang dari menutup aurat bertukar menjadi menutup rambut. Kenapa perlu berhijrah dari bertudung labuh ke tudung biasa? Ana bukan ingin menyalahkan sesiapa, tapi ana sedih kerana kita diberi kesempatan dan peluang tapi ibarat mensia-siakannya.
Sedangkan sahabat-sahabat kita yang baru diketuk pintu hatinya dengan hidayah dari Allah seringkali menitiskan air mata, betapa cemburunya dengan mereka yang berfikrah itu. Betapa bersyukur saat mengenakan tudung yang labuh, walaupun tudung yang labuh itu tidak dapat menutup dosa-dosa yang dilakukan itu. Kadangkala di salah sangka oleh masyarakat sekeliling dek kerana hijrah yang dilakukan itu seperti terlalu ketara. Sedangkan diri hanya inginkan perubahan, inginkan pengampunan dariNya. Kenapa mesti dicerca, dicemuh, disindir. Ada juga yang apabila kelemahannya terpancar, lalu terus dihukum "selama ini tersilap menilai dirinya". Tambahan pula jika diketahui masa lalunya adalah kurang bernasib baik, jahil. "Patutlah, memang dulu dia jahil pun. Sekarang je pakai tudung labuh." Astaghfirullah. Kepada yang pernah berbuat demikian, letakkan diri anda di tempat mereka. Mungkin anda tidak faham kerana anda tidak pernah merasainya. Tahukah sahabat, dengan hanya mengenangkan perkara ini, mereka kembali menitiskan air mata. Betapa kuatnya hati meronta-ronta agar diputarkan balik masa. Ingin bersihkan jiwa dari segala noda kerana khuatir tiada pengampunan dariNya.
Namun, walau apa jua keadaan sekalipun, marilah sama-sama kita kembali mendekatkan diri padaNya. Marilah kita berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah, walaupun bukanlah yang terbaik dalam kalangan manusia. Manusia ini memang tidak akan pernah sempurna. Kerana sesungguhnya kesempurnaan itu hanyalah milik Allah.
Semoga Allah menerima taubat kita. Jangan pernah merendah-rendahkan sahabat yang lain. Astaghfirullah. Istighfar ya sahabat-sahabat. Istighfar. Semoga hati kita bersih dari sifat riak dan takabbur ini. Semoga husnudzon yang sentiasa menjadi pilihan kita. Semoga Allah izinkan hati kita untuk kembali padaNya.
wallahua'lam

Monday, 9 January 2012

Hakikat orang miskin bukanlah mereka yang tidak mempunyai harta dan kekayaan, melainkan mereka yang tidak mempunyai iman dan ilmu.
Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa... Solatlah walaupun keadaan terpaksa... Puasalah walau keadaan terpaksa... Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa... Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?? Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH... Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut.. (Ustaz Azhar Idrus)
Kawallah nafsu dalam diri, kerana sesungguhnya kemahuan nafsu itu tidak akan habis & tidak pernah cukup! Disiplinkan ia dengan mengarahkan kepada kebaikan & tutup sebanyak mungkin lubang kejahatan & keburukan. AWAS! jika ia terlepas/bebas dari kawalan, maka agama, maruah & keselamatan pasti tergadai!

Sunday, 8 January 2012

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Moral : Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through...

...:::HIKMAH TERJAGA DITENGAH MALAM:::...

Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam,
ia sebenarnya satu anugerah dari Allah s.w.t.
Allah s.w.t. kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah.

Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita,
paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa)
walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah.
Kemudian tidurlah.
Dan untuk lebih baik lagi.
solatlah tahajud atau solat-solat yang lain.
buatlah dalam 2 rakaat sudah memadai,
moga allah merahmati kita semua...

demi masa sesungguh NYa...kita sentiasa dlm kerugian

'Janganlah engkau banyak tidur dan makan. Barangsiapa memperbanyakkan keduanya, pada hari kiamat dia miskin amal soleh'

Rasullullah s.a.w bersabda :-

"JANGANLAH ENKGAU MEMBUNUH HATI DENGAN BANYAK MAKAN DAN TIDUR. SESUNGGUHNYA HATI AKAN MATI BAGAIKAN TANAMAN JIKA TERGENANG AIR"

ala tomey nye..............

Saturday, 7 January 2012

CINTA tak cukup sekadar luahan dgn perkataan tetapi perlu DISERTAKAN DGN TINDAKAN. Andai benar cinta, anda takkan menyakitinya. Jika betul cinta, anda takkan mensia-siakannya. Bila cinta, anda akan lakukan yg terbaik demi membahagiakan hidupnya. Namun ANDAI HANYA UCAPAN TANPA TINDAKAN, anda tiada bezanya dgn si Kakak Tua yg pandai berkata2 tapi tak faham maknanya...
 
Kadang-kadang,

sebagai manusia,kita selalu lupa..

kita selalu leka

kita selalu mengeluh kalau doa kita tak termakbul lagi,

tapi kita tak sedar

mungkin ada perbuatan kita yang membuatkan doa-doa kita tak dimakbulkan oleh Allah SWT

kita selalu buat-buat tak tahu sedangkan kita tahu dan sedar apa yang kita buat..

kita seronok-seronok,kita gembira-gembira

tapi kita tak sedar,
kadang-kadang kita sendiri pun tak tahu..

apa nawaitu kita bila kita buat sesuatu perkara

kita tahu dosa

tapi kita buat

kita tahu salah

tapi kita buat

kita tahu emak ayah marah kalau kita buat yang tak elok

tapi kita selalu rasa kita betul saja.

tapi,bila Dia bagi kita sedar,Dia bagi kita ruang untuk kita perbaiki..

bukan secara drastik,
tapi secara perlahan-lahan untuk kita sesuaikan dengan diri dan jiwa kita...

berubah bukan seminit dua,tapi berubah dengan ikhlas akan lebih diredhai..

kadang-kadang kagum dengan orang lain..

wajah bercahaya tanpa solek,tapi kerana air wudhu' nya,dia nampak cantik..

terdetik di hati..

kagum..

betul lah,

'kalau kita jaga solat kita,kita akan takut untuk buat yang mungkar'

benar kata pepatah,

'jika kita bergaul dengan orang yang baik,kita akan turut mahu jadi baik,
kalau kita bergaul dengan orang yang kurang baik,tak mustahil kita akan jadi begitu...'

*mahu perbaiki solat..

kita manusia,
kadang kala selalu saja leka dengan seronoknya duniawi..
tapi lupa dengan ukhrawi...

bila usia semakin meningkat,mula mencari apa yang perlu dicari..kebahagiaan ibu bapa?? percintaan?? perkahwinan?? persahabatan?? semua berlegar di ruang minda..semoga Allah SWT tunjukkan jalan yang benar dan semoga hidup kita diredhai oleh Nya..

AMIN
Ungkap Ceritamu...Dari Sepohon Nan Rendang..Sebuah Cerita Dan Sebuah Cinta...Meski Sekadar Alas Perut..Dapat Kau Rasa Masam Dan Manisnya.
Sakit di badan ada parutnya. Sakit di hati siapa yg tahu... ♥